haloo...!!

hai semua..bacalah artikel2 saya, dan harapnya sudilah beri komen yg membina..^^

Sunday, September 26, 2010

FiFth sTory

Termenungku sendirian ...burung bercicip-cicip gembira. Pandanganku beralih pada kalender yang terpampang didinding bilik. Entah beberapa hari lagi nyawa aku tinggal sebelum barah otakku menghampiri hidupku...itulah yang dikatakan oleh doktorku beberapa hari lepas..

Ibu berat hati membenarkan ku keluar..namun ku mendesak..ingin juga ku bersiar-siar seorang diri...sebelum ajal menjemputku....ku melewati sebuah kedai menjual cd dipekan kecil itu..kelihatan seorang gadis yang sebaya denganku asyik melayan pelanggan dikedai itu..jantungku terhenti seketika daripada azalinya yang sepatutnya berdengup tatkala  ku terpanah dengan kerlingan matanya yang bersinar..satu,dua,tiga,empat saat,mungkin lebih, jantungku ibarat terhenti seketika untuk melihat gadis itu!

Pintu kedai itu ku tolak dengan hati yang ku gagahkan jua..melihatkan tiada pelanggan dikaunter, mungkin inilah masanya....ku sambar sekeping cd daripada rak, dan aku letakkan dikaunter untuk dibayar..mata bertentangan mata...sulp! ku menelan sisa-sisa air liur yang berbaki , membasahkan tekak sebelum berbicara.."berapa harga? ku menyoal penuh tertib..gadis itu ketawa kecil...ku terperanjat melihatkan cd yang ku ambil...frank sinantra agak popular pada zaman 60 an rasanya...dan pasti saja aku tidak mengemari lagu-lagu klasik.."emm..err..ini..err untuk datuk saya..hehehe..ku ketawa kebodohan sendiri sambil mengaru kepala yang tidak gatal..

Gadis itu senyum dengan senyuman yang lebih lebar.."mahu saya balutkan cd ini?" ku mengangguk tanda setuju..ahh..ingin sajaku mengajaknya keluar..namun..ahh...malu saja gamaknya...selesai membayar, ku lari terus kerumah . wajahku merah padam...ku menceritakan hal itu kepada ibu..ibu tertawa..katanya ku perlu ajak keluar..mungkin keluar minum-minum pun sudah memadai..

Hari-hari berikutnya..ku pergi lagi ke kedai itu,..membeli cd namun tak ku pasang..malah terusku simpan didalam almari bilik..sehinggalah suatu hari , ku letakkan nombor telefon ku dikaunter itu semasa gadis itu tidak menyedarinya , dengan mengharapkan gadis itu akan menghubungiku.

Dua malam berikutnya...telefonku berbunyi.."helo.." suara ibuku yang gemersik mengambil panggilan telefon daripada gadis itu..ibu...teresak-esak apabila gadis itu bertanyakan pasalku.."Adi, Adi sudah tiada ..barah otak ...semalam...hospital selayang.."terputus-putus kata ibu mengkhabarkan apa yang terjadi pada ku kepada gadis itu

malam itu juga ibu menbuka almariku...timbunan cd yang masih berbalut dibukanya satu persatu...ibu terkejut apabila mendapati secebis nota dalam setiap bungkusan..nota itu berbunyi ..."awak ni cute lah...sudi tak awak kuar dengan saya?"-with love, Julia

Rupanya selama ini,Adi dan Julia saling menyukai antara satu sama lain..namun kerana tidak berbicara keduanya terlepas peluang untuk bahagia bersama walaupun untuk seketika..

                                                                                                                 End

No comments:

Post a Comment